Friday, July 19, 2013

Siapa KITA diantara AKU, KAU dan DIA

KITA,
berbicara tentang apa yang kita nampak dengan mata
menilai mungkin dengan apa yang kita dah rasa
menimbang mungkin dengan apa yang kita fikir rasional
menjatuh hukum mungkin sudah makanan jiwa
hingga kita lupa yang rasa AKU
yang dinilai KAU
yang dijatuh hukum DIA

AKU,
lemah nya aku kerana luka
marah nya aku kerana luka
luka nya aku kerana cinta
cinta nya aku hingga terlupa
KITA sedang melihat
KAU sedang dinilai
DIA sedang dihukum

KAU,
pada KITA
di satu sisi - kejam
di sisi lain nya kau la wira
pada AKU
yang tinggal mungkin alasan
pada DIA
ini lah ketentuan Tuhan

DIA,
pedulikan KITA
AKU yang diluka
KAU yang ada

antara AKU, KAU dan DIA
KITA sebenarnya bukan sesiapa
mata yang memandang xmerasa apa yang bahu memikul
menilai dengan rasa tentu khilaf di mana-mana
walau sama, tetap tak serupa
walau tak serupa, sama nya adalah nyata
kerana KITA bukan AKU, KAU atau DIA

maka KITA,
cukup la sekadar memandang
tak perlu menilai
apatah lagi menjatuh hukum
kerana KITA bukan sesiapa
ini bahagian mereka
diuji AKU dengan redha
diuji KAU dengan taqwa
diuji DIA dengan kasih

Allah hu Akhbar!

Tuesday, June 18, 2013

Kewajiban yang terbeban

Kewajiban yang terbeban
hati bukan tak kasih
tapi ada sebal

Mata melihat
bahu yang terpikul
tapi
daya katanya
terbatas
di persimpangan

Di mana ikhlas?
mungkin terlahir diwaktu depan
atau berakhir dengan sesal

Kewajiban?
yang terbeban

Ibu dan masa

Kelmarin, impian
Hari ini, kenangan
Esok, masa depan

Kelmarin kecil
Ibu memasang impian

Kelmarin
Menjaga dengan belai
Kasih tak kurang
Sayang tak dibilang

Hari ini besar
Ibu rasa yang tinggal hanya kenangan

Hari ini
Menanti belai
Menumpang kasih
Mengharap sayang

Esok kamu ibu
Kelmarin dan hari ini
Jadi penentu

Tuesday, March 12, 2013

ini suatu masalah - besar!

semua benda nampak sedap. haish!

otak mati

Sampai di sini saja

Lepas tanpa daya tarik
Lepas tanpa daya tahan
Lepas dengan sebal

Lepas

Penuh rasa dada
Sesak terjerat

Lepas

Sesal?

*jangan tanya MENGAPA? tapi tanya la BAGAIMANA?

Friday, March 1, 2013

Yang ke 3 puluh

alhamdullilah saya masih diberi peluang untuk terus bernyawa. tapi sungguh tak tahu bila expired date nya - secara rasional dan hukum alam tiada siapa pun tahu bila nya. maka hidup la seperti akan mati lama lagi dan berbakti seperti akan mati kejap lagi.

yang ke 3 puluh. saya harap dengan sangat apa yang saya inginkan 2-3 tahun yang belakang ini jadi realiti. amin. yang lain2 masih kekal sama. masih sihat walafiat dan kuat utk berkerja, utk wawa, utk mr KA, utk mak abah dan utk semua. masih kekal yg baik2 yang negative pergi jauh. suh!

yang ke 3 puluh. terima kasih untuk mr KA - two way handbag tu mmg saya suka. perfume? oke motip? apa pn tq its double this year, this couple of day, i wish to had some good news to make it triple. 3!

Friday, February 15, 2013

Ada kawan saya

Saya ada seorang kawan yang kadang2 saya rasa malu nak panggil kawan. Sumpah dia baik. Berkawan dengan dia kompem anda pun boleh jadi baik atau mungkin lebih baik. Kira macam aura positif dia akan buat ion2 negatif kita hilang. Tapi. . .

Ada satu yang ini saya tak berkenan tentang dia. Sungguh2 tak berkenan. Mungkin sebab saya bukan kawan yang baik maka saya tak pernah cuba betulkan dia. Atau mungkin dengan kata lain nya, saya redha - itu bahagian dia.

Dari kecil memang saya jenis xmemilih kawan. Kalau boleh dengan semua orang saya nak kawan. Tapi jujurnya saya lebih tertarik pada ion2 negatif. Pada saya mereka unik. Pernah saya dilabel bodoh kerana berkawan dengan mereka yang di kelas tercorot. Katanya takut saya pun jadi bodoh sama. Maka saya bodohkan apa mereka kata. Sumpah saya rasa ia bangang! Klu mereka boleh fikir begitu kenapa mereka tak fikir, dengan berkawan dengan saya mungkin diorang pun pandai sama. Logik bukan? - padahal saya pun xpandai mana. Ya. Saya tahu memang kita disaran untuk berkawan dengan orang yang baik untuk jadi baik. Tapi. . .

Berbalik kepada kisah kawan saya, dia kata dari kecil sebolehnya dia akan elak diri dari mereka yang negatif. Ekpresi muka dia bila saya tengok macam sungguh2 jijik nya bila seorang kenalan lain bercerita tentang kisah silam dia. Tak jahat mana pun, bukan bunuh orang. Pada saya biasa2 ja bab kata orang budak baru nak up. Lagipun siapa xpernah buat silap. Betul? Tapi. . . Mungkin sebab itu juga dia beraura positif.

Itu belum lagi bila dia lihat orang xmenutup aurat. Perempuan merokok. Terus dia label. Membebel. Itu tak pa lagi. budak u islam kompem baik. Errr

Anda faham perasaan saya?

*Bukan nak kata buruk kawan. Tapi sebagai manusia, layak kah kita. Tepuk dada.

Thursday, February 14, 2013

Harum kemboja... di mana?

tertarik
menusuk
tertusuk di hati

mencari
terhidu rasa nyaman
terbau terangan
senyum

kemboja
pokok bunga kubur
kata orang
boleh terigau
rasa ngeri
tapi...
bukan kah bagus
mendekat kan diri dengan mati?

harum kemboja
seperti selalunya
aku mencari
kerana hidung
dah berkenan
hati dah tertawan
tapi...
di mana?

*tolong hadiah kan saya perfume bau bunga kemboja. addict!

Tuesday, February 12, 2013

Ada apa dengan awan?

Ada tika nampak nyaman
Putih gebu bergerombolan
Di sisi langit biru
Tampak tenang
Jiwa rasa terbang

Ada tika lainnya nampak garang
Hitam pekat bergumpal
Menutup langit
Nampak janggal
Ketakutan

Ada apa dengan awan?
Aku kejar
Kejar
Tapi tiada jawapan

Ada apa agaknya dengan awan?
Putih?
Hitam?

*lately tengok awan jadi mesti walau aku pasti untuk 5 minit mendatang awan tu dah pergi

Saturday, February 9, 2013

Dengan izin

Serabut!

Meminta, adakah layak dipanggil usaha?

Yakin sesuatu yang terjadi adalah dengan izin tanpa prejudis antara redha dan murka.

Otak kata xpa, apahal plak hati berat macam ditimpa?

Dengan izin Mu, jika ini bukan jalan nya - jauhkan la ia. Jika ini jalan redha Mu - permudahkanlah.

*Ya Allah lindungi la keluargaku dr dengki khianat manusia dan mereka yang menyekutukan Mu. Amin

Wednesday, February 6, 2013

February datang lagi

ha ha. ini seram! as always bab-bab counting down the day saya memang sangat terer. tapi siyes ini seram. tiga kosong - ini mungkin dapat mengurangkan keseraman. get it? no? haih saya faham sendiri sudahlah. :)

saya tahu, dah berkurun, berhabuk, bersawang dan segala macam ber dah blog ni. kalau rumah kosong dah lama ada jin bertandang. bukan bz tapi malas dan tak tahu nak tulis apa since ada medium-medium lain nak meroyan. tapi lately rasa macam rugi sebab untuk orang yang ram memory nya sangat cetek macam saya. ada blog adalah sangat membantu.

2013 datang macam tak ada apa. beza tahun ja. macam selalu saya berazam untuk tidak berazam. tapi recently rasa macam sentap plak dengan apa yang member share di wall fb dia - fail to plan is plan to fail. oh no! gagal kah saya? 

dah 7 tahun, alhamdullilah rezeki saya masih di sini nampak nya. dah cuba sana sini tapi yang di atas masih lagi mahu saya di sini atau mungkin saya tidak usaha terlalu kuat untuk pergi. kun fa ya kun; tidak la Dia mengubah nasib hamba Nya melainkan hamba Nya sendiri - ini dua dalam otak saya back and forward. complicated bukan?

cinta saya masih kuat sangat untuk mr KA. belum pernah rasa goyang, apatah lagi berkurang. syukur pada Allah. dan harapan saya biar la sampai bila-bila. budak debob yang tak debob masih lagi sendiri, belum ada rezeki nak tambah lagi. tak ada usaha, tak ada daya so mustahil la kan nak bagi adik kat wawa. as time go on, we will see. hati berharap sangat ada sesuatu, tapi... 

najwa seperti adanya, makin besar, makin banyak ragam. bila tengok-tengok belek-belek perangai dia, adalah sangat memang copy paste saya. haih tolong la yang buruk-buruk tu buang tepi. :(

seperti February yang lepas-lepas. harap saya biar lah yang baik-baik belaka bukan saja February tapi sepanjang tahun ini. insya Allah.

*sedang di uji indirectly - rasa berat. 

 

Tuesday, November 6, 2012

dalam hati ada rasa

tidak lagi menjadi orang yang penting bila ada orang yang lagi penting kepada orang yang sangat penting bagi kita adalah sangat menyakitkan.

#backgroud music by tipe-x, sakit hati

Monday, July 23, 2012

kepada sedara saya

awak awak, walaupun saya ni sedara awak nampak beno awak xkenal saya lagi. awak takat kenal nama, anak sapa, kawen dah, anak sorang bla bla sebab tu awak bley kata saya ni sombong. saya online 24/7 xbermakna saya ni available nak berchating. dengan adik beradik sendiri pun bila ada benda nak cakap baru saya berchating. ni kan pulak dengan awak. tak tegur kat facebook pon awak bley ngadu ngan kakak saya eh. saya tau kakak saya bukan jenis curah minyak sebab tu dia xbgtau siapa awak. yang mengharap saya tegur awak. eh ada plak awak tegur saya kan. lain la kalau awak tegur saya buat bodoh boleh la kata saya menyombong, lagi satu awak xyah risau saya ni xberjaya mana pun. jdi rsa nya xberkudis pun kalau saya x tegur awak. awak awak sian ah awak ni. nanti raya kita jumpa k. bye

Monday, July 16, 2012

Wonder - how?

Lately ini sgt menganggu - how long will take to build trust?

Adakah 3 bulan cukup utk kta share almost everything? Dan lagi suprise how come ko boleh cakap belakang pasal in law ko dlm jangka hayat perkahwinan xsmpi sebulan. Siyes sgt menganggu otak. Sbb aku mula fikir - if ______? Perghh scary!

Atau aku yg terlalu sempit dlm ruang selamat?

Tuesday, May 22, 2012

first impression

dlm opis/team kompem korang ada buddy kan. pastu bila diorg blah msti rsa sedih amat kan. konon mcm xda org lah bley ganti, msti boring la lps ni, msti etc etc. eleh poyo - pdhal bila dtg org bru dn rsa cam bley masuk sket, kepala pn weng sket, terus korg lupa kan kan. biasa lah faktor msa kan. dulu 8 jam tu dok ngadap muka sama, mau x kamceng gila. lps ni klu nasib baik boleh la dpt tau citer2 hot klu diorg tu freaking obses ngan fb/twitter, klu x harapan bila time2 diperlukan ja kot bru call/sms/jumpa. dh dh xyah nak kata "tak" sgt. ini normal. :) lately opis aku ni mcm buat pesta berhenti secara berjemaah plak. lps sorg sorg dan yg best nya dr geng2 yg sama. kompem sesuatu di situ! aku jugak yg setia menanti di sni. ssguh nya masih lagi rezeki aku.

oleh yg demikian, bermula lg la sesi mencari org. problem biasa - candidate xdtg. cis! tp % kali ni mcm kurang sket ah. mgkin sbb position yg available ni sgt general. ni first time aku jumpa candidate yg eh i ingat pukul 3, sdgkan dia dh confirm at 10 - klu verbal ja mgkin la silap dgr etc kan. ni via email oke. kantoi! pastu xtau dia apply position apa. er! yg ni plak fail - tu bukan updated resume, bila tanya oke boleh tgok yg baru. terus dia ckp sekian sekian. klu x update 2 3 bulan bley la ampun, ini 2 thn. isk

first impression guys! kan dh gagal pd 2 minit yg pertama. sia2 bukan. urm ini bukan nervous punya hal ya, ini jenis x serius punya org. haih! klu gi jumpa mertua la mcm ni gaya, kompem dia xmo buat jadik menantu kompem ni bakal hantu kata nya. 

*mr KA away utk pertama kali this year. eh ye ke? - rindu - gedik!
**our 6th anniversary this coming weekend. weeee. Alhamdullilah.

Monday, April 16, 2012

berat... cukup berat

kawan, hebat sgguh ujian dr Nya. siyes, air mata aku dah laju menderu, sambil berjalan ke car park. dah xdpt nak dibendung lagi. xtau cara yg bagaimna dpt aku lepaskan beban mu. jika ikutkan mmg dh terhambur bila berdepan, tapi nasiblah dpt dikawal. melihat air mata yg jatuh ke pipi buat aku rsa lg pedih, mengenali dia selama ini walau xserapat mana - happy go lucky, cool tp aku yakin ini amat berat, cukup berat sbb xsegan silu tagisan itu. bukan sekali, dua, lebih. apa yg mampu aku buat? selain pegangan tgn, pelukan yg aku yakin itu xmemadai. tp dia msh mampu buat lawak mcm selalu, lg sebak hati aku. uwaa.

sgguh berat, cukup2 berat. jika itu aku, bagaimna? sgguh aku x mampu.

berat mata yg memandang berat lagi bahu yg memikul.

Friday, March 23, 2012

budak zaman sekarang

budak zaman sekarang mmg untung benor. tak perlu tengok jauh2, adik2 dan anak2 buah saya depan mata ni amboi lemak oke. nak apa, main petik jari ja, tu belum lagi kalau kena marah merajuk tak makan la, lepak umah kawan la. amboi!

dulu dok asrama, mak abah kalau dtg sbln sekali jenguk pun dah touching dah - tiap kali weekend dok terjenguk kat tingkap kot2 la mak abah nk buat supprise. time balik kampung dan balik asrama semula sendiri ja - turun naik bas, kalau abah hantar kat bandar tenggara tu, terus nanges, sebab terharu. time depa./ perghh dah la tiap2 mggu rasa nya melawat kawasan, pegi balik berambik berhantar. fail!

bila masuk kolej. rasa nya masa nk daftar dan final year ja kot mak dtg. balik kmpg time cuti semester ja. time depa/ mak xdtg, depa plak yg panjat pagar balik kampung. dasar!

hp, saya merasa pakai time start keja. tu pon belas ikhsan anan. msa tu nak beli no. hp pn dah jejak 60, blom lagi nk beli hp. depa la ni. tuka no tu mcm tuka baju. hp tok sah kata la, mcm2. ada lagi canggih dari saya. pdhal belaja pon x abes lagi. anak buah saya - UPSR dpt notebook, saya yg straight As dulu dpt beg ja. camtu gak ngan laptop. saya blaja dulu aboy yg bg desktop. sbb nk buat assignment mmg payah. kat cc bukan ada software yg saya guna. depa la ni, takat taip 2 3 helai kat word, dh sibuk nk pakai laptop, pakai xlama jahanam. perghh!

tu belom lagi, motor la, lesen keta la. eeee untung bukan. haip! tp xsedar dek untung. baru kena tegur sket, merajuk xmo makan 2 hari. rasa nak lempang! kena marah sket, terus lari rumah lepak umah kawan. rasa nak sepak! cuba kalau saya dulu, kompem, merajuk xmo makan, hah jangan makan terus - mak kata. lari dari umah, jgn kata nak carik, lagi mak suh jangan balik2 ada la. isk isk nak fikir lari dari rumah pun xpernah rasanya.

ni yg depan mata, yg last week punya cerita kat kuatan tu, siap buat drama - kena culik bagai. tau2 dok umah boipren. hamek! release tension kata nya. wth!

seram bukan. ni belum lagi budak akan datang. 10-15 tahun akan datang. camna la agaknya nak besar kan wawa. duhhh. rasa nya by early 40s, rambut saya dah putih, sebab byk sgt fikir. cobaaan!

*mak kalau baca ni, kompem kata saya jeles. jeles la sgt. #tanganatasbahu
**saya dah jadik mak zaman sekarang pun, kalau boleh semua pon nak bg kat wawa, masih mampu kata nya. tak tau sok2 spoil kan dia ja. haih. cant help it la

Monday, March 19, 2012

erk kutu

oke tak perlu nak jijik sangat, kutu ja pun. kata nya normal la bila dh sekolah ada kutu. jangan nak bohong kata xda kutu dulu kecik2.

nampak sangat saya x prihatin, akak yang nampak, sibuk dia husband wife tolong carik kan. dah gemok2 tuuu. habis wawa kehilangan darah. eh/

solusi, pegi kedai ubat cina - habis rambut wawa malam tu, misi nyah kutu. tak sampai 5 minit berbungkus, muka wawa dah merah padam. saya dah panik. mana la tau kot2 nya termasuk mata kan. dia dah jerit2 sakit kata nya. drama! saya dah emo, ya la kan org nk baik, bley plak dia nanges jerit2 gitu. naseb la walau xsampai 5 minit berbungkus, meninggalkan kesan. sebab hari2 2 3 hari ni dok menyelak rambut, tiada kutu dikesan. mintak2 nya ter nyah terus. la ni operasi buang telur yg terlekat, nasib rambut wawa x panjang. eee seram!

oke, to be honest. dulu saya pun kepala banyak kutu. al maklum la dok main pasiaq, tanah paya bla bla bla cam mustahil la kan xda kutu, kudis pn berlambak. masa tu ingat lagi macam2 mak abah buat, pegi klinik mintak ubat biru, operasi dengan sikat kutu jgn kata la, hari2. last2 abah sembur dgn ridsect. sumpah! ini kisah benar. sejak tu, jgn kata kutu segala mak nenek binatang pn xberani nk dekat kot. eheheh

*oke ini fasa normal kot bila anak dah sekolah, selsema batuk demam jgn kata la, selang seminggu kot.
**wawa sgt comel. ibu kat rambut wawa ada semut. ehe

Thursday, March 1, 2012

wawa 'drama'

sejak kes 'stress' terlampau settle, wawa adalah sgt behave. she act normal. manja ek sikit-sikit tu biasalah. terima kasih buat kawan office sebab bagi tunjuk ajar nak handle kes-kes macam ni. ingatkan orang besar ja yg stress. agak-agak nya la kan dulu, saya mesti pernah stress tapi mak saya tak jumpa solution, sebab tu saya easily get stressed sekarang - ahahhaha mati lah kalau mak saya tahu ni.

fobia wawa dengan kucing bukan lah benda baru. nangis kuat-kuat bila ternampak kucing adalah normal, walaupun jauh nya lagi sebatu, kalau nampak harimau terus pitam agak nya. pagi ni kebetulan keluar ja dari lift, ada org masuk bawak kucing. wah dia punya melompat, perghh. tak sempat nak pegang dah lari lintang pukang, akibat nya jatuh - atas jalan tar plak tu. duhh nasib la xda kereta lalu time tu. koyak jugak la seluar tang lutut, belek-belek cuma luka sikit ja, dia punya nangis perghhh kalah azean irdawaty! sampai sekolah, acknowledge la cikgu pasal hal ni. mintak dia tolong sapu ubat sikit. biasa nya jatuh atas tar mesti pedih.

call td, cikgu kata - dia ok kak, siap bagitau sikit ja ni cikgu, tak sakit pun. bley? drama tau. depan cikgu tunjuk kuat eh. cuba depan ibu. isk isk. tapi ok lah tu, im proud of u - pandai bawak diri.

*call sebab nak beli baju lain sebenarnya. dah koyak kat lutut, camno nak pakai tu
*sayu hati bila wawa baca doa ibu bapa dengan maksudnya semalam. Ya Allah, lindungi lah amanah Mu ini, limpahkan rahmat Mu, berikan dia kesihatan dan jadikan dia anak yang solehah. amin.

Wednesday, February 29, 2012

29 yo!

dengan ini, pd pukul 11:45 malam td 28hb 2 genap lah usia saya 29 tahun. alhamdullilah masih diberi kesempatan untuk bernafas. masih kuat nak berkerja, sihat walafiat - kecuali sakit pinggang terlampau sejak mlm tuari. :'(


tima kasih buat mr KA, suprise suprise suprise - tanjatt boboi. :p. hantar bunga kat opis tu. kembang jap. kan saya dh kata mr KA tu konon nya keras tp sebenarnya sweet. sesekali sweet adalah sgt suweeeeet. dulu dia prnh dia buat suprise bwk 3 kuntum bunga masa bercinta. i love u kunun. la ni 6 kuntum. agaknya apa makna? apa pn bagaimna pn kta sayang abang. :-*


*wawa fefeeling dia tuan punya bunga.


Published with Blogger-droid v2.0.4