Wednesday, June 10, 2009

politik di opis

sigh... aku fikir hanya di opis2 yg majoriti nya M sja. ni bosses B, suku C, suku M, suku I, minoriti A pon ada gak. haiyo! di kalangan mrk yg pro plak tu. yg dah keje belasan tahun. WTF! mengadu domba. this ppl suck, other ppl dumbass, she stupid, bla bla and then claims rakan sekutu as the best. lagi keji kerana aduan domba nya, rakan sekutu naik pangkat, sapa yg agak2 keras kepala tu kena cantas, yg ala2 sabar dan redha jerk leh la promote kat bos utk naik pangkat. WTH!

lagi setan, ngan department lain pun nk kaco. adoiyai! ini sdh dikira gerakan bwh tanah yg semakin pesat memperluaskan jajahan nya. jaga2 cik salmah.

bosses plak mcm org dugu. purak2 xtahu. nk jerk gua tampo laju2. xdpt pk lg ka klu dh department tbabit makin lama makin sket. mengong!

*jgn cobak2 jolok sarang tebuan ya. im warning u!

Tuesday, June 9, 2009

kenangan itu manis

ijja69.

almost 4 years or more. we never meet up a live. we happy merapu/meroyan dn sewaktu dengannya dalam YM bagai nak rak mcm bestfren yg dh kenal lama. dia ske sgt kaco aku. melukis/mewarna ntah hapa2 kat YM (ala yang doodles tuh)

yesterday, suddently her name appeared "cikgu, masih kenal aku x?" dan memori itu berputar kembali. sembang2 merapu macam selalu, kelas tuisyen, kelas kaler2 dan sebagainya until...

500 internal server error

WTFFFF!!!!!

*yang manis jika diingat makin terasa manisnya.

call me E.M.O

i hate when u ignoring me. i hate u didn't answer me. i hate when u didn't reply me. i hate when aim started get angry. i hate when aim off my phone. i hate when aim started thinking did u still love me. i hate when aim started to cry. i hate when i hate u.

is this wrong?


*dak opis aku pki liverpool nya jersey/shirt before, sedia maklum lah ada tulisan carlsberg. time nk solat, ilek2 ja dia lipat ke dlm kolar baju bertulisan carlsberg ke dlm. jaga adab katanya. ahahhaa

Monday, June 8, 2009

kahwin, cerai dan madu

Biarkan Aku Menangis by Tommy J Pisa

Kelmarin kau masih bersamaku
Bercumbu dan merayu
Adakah hari esok untuk kita bercinta
Seperti yang telah kita lewati

Mengapa terlalu cepat kau pergi
Tinggalkan derita bersamaku
Kenyataan ini begitu memilukan
Ingin kurasa turut serta

( korus )
Tiada guna aku hidup begini
Tanpa belaian kekasih yang amat kusayangi
Kepedihan yang kini kurasakan
Darimu yang mencintai aku

Biarlah kurelakan kau pergi
Tinggalkan batu nesan
Kudoakan kau bahagia di sisiNya
Sementara biarkan aku menangis

*lagu ni xda kena mgena pn ngan entri di bwh :)

this is wht happen around me lately. situasi nya dlm linkungan perhubungan. apa seterusnya? di mna akhirnya? atau di sni mulanya. aku sepatutnya gembira tp murah sgguh air mata ini utk mngalir mlihat anak2 itu menerima kehadiran ibu baru. jka diselami dr mata yg berkaca, jauh tsirat dalam, mungkin mrk terlalu kecewa atau sebaliknya.

aku mendapat sesuatu; kebanyakkan memilih untuk bercerai dari bermadu, memilih meroboh dari membina. memilih berpisah dari bersatu. mengapa? kta merasa kasihan pd seorg wanita yang bakal menerima payung emas di syurga. berbaloi ka? aku bukan kejam.

situasinya; seorg ingin berkahwin lagi, alasan nya kerana melihat ini yg terbaik dari perpisahan, mahu mewujudkan satu persaingan, berharap akn ada perubahan. kpd yg lbh baik. salahkah aku menyokong? benar bukan alasan nya?

ironinya; ramai yg memilih utk berpisah. yg oke hanya kamu2 suami dan isteri. bagaimna dgn anak? punya ayah/ibu slah seorg pd waktu tertentu. lagi zalim bukan?

*bercakap di luar situasi memang mudah benar. sigh

im not an angel, but...

got this email from cik puan meen, its really touching dan sgt2 berharga sbg tanda ingatan utk mrk2 yg baran terutama nya aku. renung2 kan

Harga sebuah kereta dan ANAK...

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar - meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.

Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.... cantik kan !" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya..

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak... Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam.... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu..

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

ANTARA ANAK DAN KERETA...YANG MANA LEBIH BEHARGA...

*aku lahir dlm background keluarga yg mgunakan kekerasan sbg ajaran. sedari kecil dgn kenakalan aku, apa aja aku xkena, rotan, hanger, getah paip, kayu pokok ru, siraman air panas, cubit tampar apatah lagi hantukan kepala ke dinding. aku akui krn tu smue aku menjadi "orang". kni aku bgelar ibu, mgkin krn terbiasa dgn smue tu, tangan aku jdik laju. apala yg najwa tau waktu ini mlainkan nangis. makin hari, najwa makin ligat, apa ja dia xbaling, tarik, hempas, masuk dlm mulut. kdg2 bila hilang sabar aku jerit kuat "fatihah!". smlm mil tegur, dia kata nanti ank pn jdi mcm tu. aku akui, lihat sja ke"bengkeng"an mr KA, kmu fikir dr siapa dia dpt smue tu. im not an angel, but i really hope that Allah will always bless me with sifat kesabaran banyak sikit. xmahu sprt di atas. nauzubillah

mr KA, this is reminder for u and me. anak adalah anugerah, jgn dh terantuk baru nak tergadah.

cuti yang ber...larut...an

yup. aku masuk opis 1 hari sja last week. slps berkerja di rumah selama 3 hari dan bertempur dengan newsletter hampir 12.30mlm. di mana aku reach home around 1am (thanks charles-send me home safely). balik plak umah tgk najwa tgh dok lena atas bahu mil. demam selsema. rsa bsalah yg amat. lps dh sedut hingus najwa. (masin oke!-ya, im using my mouth--cra ni di ajr oleh mus.) berkesan. najwa lena hampir 1 jam.

bru ja aku nk lelap kan mata, najwa dh kembali menangis. baring xkena, dlm buai xmo, dukung xnk, riba xnk. smue nya xnk. bibir najwa dh merah menyala mcm pki gincu. nasib la mil ada kat umah. mr KA msa aku call dia tanya arah ke klinik. dh mcm sedar xsedar ja. ngantok dn letih katanya. tp giler la xsensitive. xcall langsung tanya kabar najwa.

aku bwk najwa g klinik reddy. msa tu kol 3 pagi. mcm slalunya, ikut laluan bas (dh itu ja pn yg aku tau). lucky bwk najwa cepat. doc kata demam najwa agak tinggi. panas dalam. (yg ni paling teruk aku rsa). lps bg ubat smue, msa tu dh kol 4. dpt la najwa lena akibat dek penangan ubat. tu pun tdoq dlm buai ja,. kol 6 pagi dia dh bgn menangis lagi. aku try petua mak. amek asam jawa. jelum kepala, ketiak smue. lama jugak la dia tdo. msa tu aku dh flet giler.

dlm hati dh teragak2 nk g keje atau x, demam najwa mcm dh kurang sket. klu pg. rsa bsalah. klu xpg pn rsa bsalah gak sbb dh byk sgt aku cuti bln ni. last2 aku nekad sms AM, bgtau hal sbenar. nasib la dia oke. dh tentu nya najwa yg paling happy sbb ibu xg keje.

*bukan kehendak aku balik lewat mlm khamis, tp...