Tuesday, June 18, 2013
Ibu dan masa
Hari ini, kenangan
Esok, masa depan
Kelmarin kecil
Ibu memasang impian
Kelmarin
Menjaga dengan belai
Kasih tak kurang
Sayang tak dibilang
Hari ini besar
Ibu rasa yang tinggal hanya kenangan
Hari ini
Menanti belai
Menumpang kasih
Mengharap sayang
Esok kamu ibu
Kelmarin dan hari ini
Jadi penentu
Tuesday, March 12, 2013
otak mati
Friday, March 1, 2013
Yang ke 3 puluh
yang ke 3 puluh. saya harap dengan sangat apa yang saya inginkan 2-3 tahun yang belakang ini jadi realiti. amin. yang lain2 masih kekal sama. masih sihat walafiat dan kuat utk berkerja, utk wawa, utk mr KA, utk mak abah dan utk semua. masih kekal yg baik2 yang negative pergi jauh. suh!
yang ke 3 puluh. terima kasih untuk mr KA - two way handbag tu mmg saya suka. perfume? oke motip? apa pn tq its double this year, this couple of day, i wish to had some good news to make it triple. 3!
Friday, February 15, 2013
Ada kawan saya
Saya ada seorang kawan yang kadang2 saya rasa malu nak panggil kawan. Sumpah dia baik. Berkawan dengan dia kompem anda pun boleh jadi baik atau mungkin lebih baik. Kira macam aura positif dia akan buat ion2 negatif kita hilang. Tapi. . .
Ada satu yang ini saya tak berkenan tentang dia. Sungguh2 tak berkenan. Mungkin sebab saya bukan kawan yang baik maka saya tak pernah cuba betulkan dia. Atau mungkin dengan kata lain nya, saya redha - itu bahagian dia.
Dari kecil memang saya jenis xmemilih kawan. Kalau boleh dengan semua orang saya nak kawan. Tapi jujurnya saya lebih tertarik pada ion2 negatif. Pada saya mereka unik. Pernah saya dilabel bodoh kerana berkawan dengan mereka yang di kelas tercorot. Katanya takut saya pun jadi bodoh sama. Maka saya bodohkan apa mereka kata. Sumpah saya rasa ia bangang! Klu mereka boleh fikir begitu kenapa mereka tak fikir, dengan berkawan dengan saya mungkin diorang pun pandai sama. Logik bukan? - padahal saya pun xpandai mana. Ya. Saya tahu memang kita disaran untuk berkawan dengan orang yang baik untuk jadi baik. Tapi. . .
Berbalik kepada kisah kawan saya, dia kata dari kecil sebolehnya dia akan elak diri dari mereka yang negatif. Ekpresi muka dia bila saya tengok macam sungguh2 jijik nya bila seorang kenalan lain bercerita tentang kisah silam dia. Tak jahat mana pun, bukan bunuh orang. Pada saya biasa2 ja bab kata orang budak baru nak up. Lagipun siapa xpernah buat silap. Betul? Tapi. . . Mungkin sebab itu juga dia beraura positif.
Itu belum lagi bila dia lihat orang xmenutup aurat. Perempuan merokok. Terus dia label. Membebel. Itu tak pa lagi. budak u islam kompem baik. Errr
Anda faham perasaan saya?
*Bukan nak kata buruk kawan. Tapi sebagai manusia, layak kah kita. Tepuk dada.
Thursday, February 14, 2013
Harum kemboja... di mana?
menusuk
tertusuk di hati
mencari
terhidu rasa nyaman
terbau terangan
senyum
kemboja
pokok bunga kubur
kata orang
boleh terigau
rasa ngeri
tapi...
bukan kah bagus
mendekat kan diri dengan mati?
harum kemboja
seperti selalunya
aku mencari
kerana hidung
dah berkenan
hati dah tertawan
tapi...
di mana?
*tolong hadiah kan saya perfume bau bunga kemboja. addict!
Tuesday, February 12, 2013
Ada apa dengan awan?
Ada tika nampak nyaman
Putih gebu bergerombolan
Di sisi langit biru
Tampak tenang
Jiwa rasa terbang
Ada tika lainnya nampak garang
Hitam pekat bergumpal
Menutup langit
Nampak janggal
Ketakutan
Ada apa dengan awan?
Aku kejar
Kejar
Tapi tiada jawapan
Ada apa agaknya dengan awan?
Putih?
Hitam?
*lately tengok awan jadi mesti walau aku pasti untuk 5 minit mendatang awan tu dah pergi


