Thursday, September 22, 2011

ikut hati mati

rasa patuh dan hormat saya masih tebal - jika terus di uji saya tak tahu sampai bila saya mampu bertahan.

saya tidak sempurna tapi ketidaksempurnaan saya bukan tiket untuk diperkotak-katikan.

maaf - kalau banyak kali cakap dah tak da nilai.

mengharap perubahan tanpa berubah tidak akan mengubah apa-apa.

sumpah! saya redha

akal terus la engkau berfungsi
hati jangan sampai engkau mati

Sunday, August 14, 2011

masak apa cik jah oi

Hehe sja ja. Xda plak jiran sblh2 nama cik jah rasanya. Huhu. Thn ni mr KA buat azam kata nya xmo pi bazaar. Dh 13 hari puasa berlalu bru skali dia pegi tu pn time ari selasa. Ok la tu tahniah di ucapkan. Klu ikut sejarah mmg bab mbeli ni dia lg over dr gua. Napsu kata nya.

So thn ni mmg boleh dikatakan hari2 gua masak utk berbuka. Xda la susah mana sbb main campak2 ja. Tp bab paling aduhai boleh pecah pala otak adalah nak masak apa. Duhh. Cara paling selamat adalah tanya tuan punya badan. Klu dia kata goreng telur ja, maka goreng la telur jgn cuba2 tukar menu. Klu x gua berani kerat jari la klu dia mkn menu lain yg gua memandai masak. Senang bukan. Hehe. So far ulang tayang menu bru 2 kali. Dua2 resepi dr cik google. Ayam sri harum ngan ayam goreng mentega. Tp apa ada heran mmg mr KA ngan ayam mana bley pisahkan. Mcm tu gak bersahur klu x telur mata, ikan bilis. Papadom menu wajib. Mcm tu pn dia punya perut makin lama makin maju ke dpn. Hehe.

Tu ja nk bgtau nya pn. Moga gua tetap bley masak utk dia selagi ada nyawa. Walaupn kdg2 touching bila menu pilihan gua xkena ngan selera ngan dia. Ahahaha. Sekian. Owh hari ni hari ke 14, menu atas meja. Ketam goreng cili. Cendawan goreng tepung sama sayur bak choi goreng sos tiram. Sekian
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, August 10, 2011

tanpa kata hanya rasa

Bila kau kat atas ingat2 la sama nk jenguk kat bawah. Sbb klu kau tleka sekali jatuh sakit nya tentu xterkata. X usah la nak mendabik dada dengan apa yg kau ada sesgguh nya itu semua sekadar pinjaman dunia. Ya benar apa yg kau ada ari ni atas usaha. Tp jika sifat tamak, takbur, dengki yang di tanam xmustahil usaha tu akan jadi sia semata. Xpa la hari ini ari kau. Esok pn ari kau. Andai selama nya pn ari kau. Aku yakin ada hikmahnya. Allah hanya ingin menguji.

Moga dia akan tetap tabah. Sabar. Dan yakin. Insya Allah jika bukan hari ini. Mngkin esok. Atau mungkin selama nya dia di uji. Jangan khuatir ada ganjarannya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, August 1, 2011

0108 - again tanpa tajuk

selamat berpuasa semua orang. menu apa kita ari ni? ehehhehe - sup bebola tenggiri kata nya. :D on top of that sbenarnya tgh fefeeling syahdu sbb thn ni xdpt sehari pn nk buka puasa ngan mak abah. kompem! mmg xda talian hayat dh. due to hari raya jatuh pd closing maka ini la jadinya. ptg raya pn gua still kena keja. dugaan ni kompem la banjir di kuala lumpur. T T

dulu msa bujang mmg curik2 msa blk ujung mggu msa awal puasa xpun blk awal sket sblm raya at least dpt la merasa air tgn mak. dh kawen msh praktik yg sma tp tp tp ... apa kan daya. to make it simple kmi org alternate every year. nk di jadik kan kisah this year mr KA punya turn, uwaaa makanya smggu lps raya la bru nk merasa. so gua nk bg warning ni. gua dlm mood fefeeling di perantauan - so jgn tanya soklan2 yg bisa buat gua sentap.

gua belajar sesuatu - stlh letih berharap. jika inginkan perubahan kita perlu memulakan perubahan. moga berhasil!

sedey bg pihak jejariruncing. apa pn, dia juga manusia. harap dia belajar dr kesilapan. muda lg diorang ni patut pn segala mak nenek keputusan maen tangkap sebat ja. xpa pengalaman mendewasa kan. bertabah lah.

Friday, July 29, 2011

drama julai

tiap apa yang berlaku itu ujian. wahai hati bertabah lah

julai mmg bulan penuh drama. termasuk la drama player singpore mlm td. adoiyai rsa nak ja gua bom sorang2. xda semangat kesukanan langsung, overall we proud of u harimau malaya. tahniah. walaupn gua rsa mrh sbb safiq rahim xdpt maen gara2 kad merah. ismail faruqqi yg langsung xda fungsi pastu masuk plak fakhri. such a waste kot. rsanya badrol bakhtiar lebih layak kot. apa pn. k rajagopal lg tahu. xda luck la senang citer.

julai gak merupakan bulan melawat HKL. hoho. mula2 pegi bwk wawa - demam. xda la serius tp pengajaran lalu, cegah seblom parah! pastu mr KA plak. pastu wawa lagi siap kat kecemasan lagi. aduhai ujian2.

bwk wawa gi hospital bila demam ada lah perkara biasa, sbb gua rsa lebey yakin kot walaupn klu nk ikot kan ubat nya sma ja, mgkin gak sbb gua bayar tax, haruslah gua gunakan hak gua semaksimum mungkin. hehe. keji!

bila mr KA demam, biasa nya gua x amek port sbb dia hanya perlukan his own space - jgan kaco! (kecik hati - tp tu la dia yg aku kenal - redha ja la) tp kali ni mcm teruk so gua paksa dia gi check hospital - 2 kali!

kemudian wawa plak buat drama. rabu tu, sja gua kuar awal. konon nak layan hati lara tetiba dpt call dr mak ngah suh blk cepat. dia ada masukkan sesuatu dlm idung kata nya. cuak weh. naseb mr KA dh smpi dulu. suh bwk dia trn siap2 nk ke HKL. hari ini gua terkilan. dan smpi saat ini gua masih xpaham. kenapa? tgu teksi. erm. xda parking. erm. bukan kecemasan ka ni??? smpi HKL terus ke emergancy. wawa cam biasa mmg xtkawal. sakit atau x sama ja xgeti dok diam. doktor kata dh termasuk ke dalam. nak buat saat tu jugak, dia rsa mcm xda urgency. sbb breathing still cantik dan x bleeding. so dia hanya bg surat utk refer ke ENT. tawakal ja la mlm tu. alhamdullilah xda apa yg blaku. mgkin sbb tu jugak mr KA tetap nk keje luar - gua paham ni peluang utk menambah rezeki - tp...

esoknya sbb dh di advise oleh angah - kol 9 smpi la HKL. dh siap daftar smue again tiada urgency. kol 10 bru doktor ada. wawa dh start nanges bila kena baring. bila dh start kena bedung lg la kuat. mulut dia mmg xhenti2 panggil ibu. air mata gua mmg dh bgenang ja, bayangkan 8 orang dewasa dok pegang kobet dia. dan bila wawa kata ayah tolong ayah ayah ayah tolong. gua mmg dh xtahan. tumpah jugak air mata tp diorang dlm tu bijak kawal keadaan. rsanya klu gua pn nanges sma kompem kena halau keluar. the funny part. wawa sempat kata doktor jangan lah doktor nanak doktor. xnak buat lagi doktor. ahahhaha tau pn. doktor try kuar kan pki mcm pencungkil tu xberjaya. ingat kan manik, try sedut keluar pn xberjaya. suara wawa x usah ckp la. gegak gempita. walau dh bius. rsa nya sgt saket kot. sian wawa. oleh krn cara manual xbjaya dan gua yakin benda tu makin ke dlm. diorang try masukkan kamera utk memastikan kedudukan sebenar kat mna. sempat gua dukung wawa. mengigil2 badan dia. sambil nanges. nk kuar bu. nanak lagi. nak ayah bu. sedih. oke mmg gua emosi. xsempat nk reda, doktor suruh baring kan lagi. Tuhan ja la yg tau betapa saket tiap kali kamera tu masuk. mcm dirodok2. gua xberani nk pandang wawa, klu pandang msti xkuat. mata gua tgok kamera ja. jolok punya jolok. jumpa gak. dh makin jauh kedlm. mcm kain net. doktor try buat manual skali lagi. xdpt jugak. dh start bleeding. salur yg nak kering kan hingus dan darah tu pn kuar masuk ntah brapa kali. mesti saket sgt2. doktor kata dh bius. wawa xkan rsa, ya la tu. percaya la sgt. last2 doktor kata ni last try nk tgok kedudukkan benda tu. pastu diorang xda pilihan. msuk operation - maksudnya kena bg ubat tdo. tgh dok kobet2 tu, wawa tsedak benda tu kuar ikut mulut. alhamdullilah sgt2. nothing bad happen. stgh jam dlm tu mcm2 rsa. how i wish u were there.

xtau la gua yg emo atau apa. sgt berkecil hati. klu la sesuatu terjadi, nak menyesal pn xda gunanya.

*lelaki mmg slalu anggap benda itu mudah atau perempuan yg ter over react?
*msh emosi, sbb hati ni makin lama makin kecik tp xda sapa pn nak peduli.

Thursday, July 28, 2011

hati oh hati

Hati pecah menjadi kepingan
Dikutip dicantum ditampal
Kembali pecah berderai
Dikutip dicantum ditampal
Dikutip dicantum ditampal
Dikutip dicantum ditampal
Hingga terlupa
Besar mana hati
Ikhlas mana hati
Atau
Masih kah ada hati
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, July 27, 2011

2707 - tanpa tajuk

cuci mata pagi ni tgok gamba org kawen. nice ah! napa dulu xterasa pn nak amek2 gamba cam tu ek. jeles! erk mcm la mr KA nak kan. suh bgambo statik pon mls ni kan pulak nk drama2 camtu. naseb badan la kan.

trendy dh ek. siap ada pre wedding photo shot lg, tu blom lg time tunang pn nk gamba drama gtu. uhukkk. berbalik kpd entri di bwh - xyah nk over sgt kot. (anggap ja la ni ayat org dengki, ahahahhaha)

tu ja gua nk merepek. apa pn salute pd photographer sekalian. bkn senang eh nk amek gamba yg "hidup".

*mood adalah hati pecah sbb xdpt nk tgok bola kat stadium.