Saturday, January 3, 2009

kenapa perlu merancang?

salam,

here sum stuff to share with. pesan org tua2 slalu ada sbbnya.

Merancang jarak kehamilan juga penting bagi mengelakkan risiko dua kehamilan dan kelahiran dalam tempoh kurang daripada dua tahun. Hal ini kerana kehamilan yang terlalu cepat selepas kelahiran akan mendatangkan beberapa masalah baik kepada ibu ataupun bayi.

Anak-anak yang dilahirkan dengan jarak yang terlalu rapat biasanya kurang mendapat perhatian yang sepatutnya dalam tempoh dua tahun pertama tumbesaran mereka yang dianggap penting. Ibu mungkin mengalami alahan, keletihan atau masalah-masalah kesihatan yang lain menyebabkan keadaan ini terjadi. Kesannya perkembangan fizikal dan mental anak kurang memuaskan jika dibandingkan dengan anak-anak yang dilahirkan dengan jarak dua tahun atau lebih.

Selain itu, antara risiko kelahiran yang rapat ialah penyusuan susu ibu bagi anak yang terdahulu terpaksa dihentikan. Kebanyakan ibu memilih untuk menghentikan penyusuan susu ibu apabila disahkan hamil walaupun secara amnya dari segi perubatan, penyusuan tidak menghalang dan menjejaskan janin yang sedang dikandung jika kandungan itu normal. Kesannya bayi kurang mendapat zat susu ibu yang paling sempurna dan terbaik untuk mereka.

Keadaan ini ditambah lagi dengan situasi ibu bekerja yang tidak mempunyai cukup masa untuk menyediakan makanan yang diperlukan oleh si anak kecil bagi menggantikan khasiat yang sepatutnya diterima dari susu ibu. Anak hanya bergantung kepada susu formula dan makanan-makanan bayi yang segera. Akibatnya, anak akan mudah jatuh sakit seperti selesema dan batuk yang berpanjangan. Dalam keadaan ini, ibu yang sarat mengandung sudah pasti tidak dapat memberi perhatian dan jagaan yang sempurna kepada anak kecilnya.

Sehubungan itu demi kepentingan kesihatan ibu dan anak, pasangan suami isteri sebaik-baiknya menunggu sehingga anak yang bongsu berumur dua tahun sebelum mereka mempunyai anak lagi. Perkara ini telah ditegaskan di dalam al-Quran surah al-Ahqaf ayat 15 yang bermaksud, “Masa mengandung sampai menceraikannya daripada susuan tiga puluh bulan lamanya.”

Jarak kehamilan dan kelahiran yang terlalu rapat juga meningkatkan risiko kesihatan ibu. Tubuh badan ibu memerlukan masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk kembali pulih setelah mengandung dan melahirkan anak. Justeru, adalah penting ibu diberikan masa untuk memulihkan tenaga sebelum mengandung lagi.

Jika seorang wanita mengandung lagi sebelum sempat pulih akibat kehamilan terdahulu berkemungkinan bayi yang dikandung akan dilahirkan sebelum tiba masanya (tidak cukup bulan) atau dalam keadaan kurang berat badan. Ibu juga mudah menjadi letih akibat kehamilan yang berulang-ulang, proses kelahiran, menyusui dan menjaga bayi.

sumber dr Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

2 comments:

orked said...

aku lepas anak 5 thn baru nk beranak lagi..bley!! :D

AiYa said...

me? not for 2 3 years comin

Post a Comment

harap maklum, komen anda akan di tapis dulu oleh mambang jingga. ai tpaksa utk kesejahteraan kta bersma. :)