Friday, July 19, 2013

Siapa KITA diantara AKU, KAU dan DIA

KITA,
berbicara tentang apa yang kita nampak dengan mata
menilai mungkin dengan apa yang kita dah rasa
menimbang mungkin dengan apa yang kita fikir rasional
menjatuh hukum mungkin sudah makanan jiwa
hingga kita lupa yang rasa AKU
yang dinilai KAU
yang dijatuh hukum DIA

AKU,
lemah nya aku kerana luka
marah nya aku kerana luka
luka nya aku kerana cinta
cinta nya aku hingga terlupa
KITA sedang melihat
KAU sedang dinilai
DIA sedang dihukum

KAU,
pada KITA
di satu sisi - kejam
di sisi lain nya kau la wira
pada AKU
yang tinggal mungkin alasan
pada DIA
ini lah ketentuan Tuhan

DIA,
pedulikan KITA
AKU yang diluka
KAU yang ada

antara AKU, KAU dan DIA
KITA sebenarnya bukan sesiapa
mata yang memandang xmerasa apa yang bahu memikul
menilai dengan rasa tentu khilaf di mana-mana
walau sama, tetap tak serupa
walau tak serupa, sama nya adalah nyata
kerana KITA bukan AKU, KAU atau DIA

maka KITA,
cukup la sekadar memandang
tak perlu menilai
apatah lagi menjatuh hukum
kerana KITA bukan sesiapa
ini bahagian mereka
diuji AKU dengan redha
diuji KAU dengan taqwa
diuji DIA dengan kasih

Allah hu Akhbar!