Wednesday, January 27, 2010

someone is leaving - yeah!

this could be the best news ever for the month. ahahhaha. sila kata gua jahat. teka-teki yang menghantui sejak kebelakangan ini bout who's going to replace Raph terjawab. 100% bukan minah tu. ahhahaha mak suka. :))/

she's leaving soon. YES! atas sebab apa kurang pasti, maybe she miss her husband. giler ko baru kawen dah duduk jauh2. apa pun dengan ketiadaan dia, editorial team dah makin kurang man power which is not good at all. mau berkampung aku disini. so sapa-sapa editor/journalist. fresh/expert. yang rasa nak try test bakat dia dalam Islamic finance industry. let me know. sangat banyak kekosongan jawatan. :p

*masih tak henti senyum. :p
**mr KA out of town lagi. bye bye

Monday, January 25, 2010

warning - entri ini memualkan

semakin hari rasanya minat gua untuk menulis dah makin menumpul. buktinya? masa kan kalian tidak perasan blog ini kian bersawang. mungkin trend ber blog dah berakhir bagi gua. berkubur tinggai tunggu nak kambuih ja. ehehe. alasan! yang sebenarnya penyakit M datang melawat. kalau dulu jarang-jarang dan kadang-kadang ja. la ni makin kerap plak. rajin sungguh! lagipun tak da yang menarik gua nk story.

opis. makin lama makin suck. sejak tukar publication day ni, mental gua tak boleh menerima. stress berpanjangan katanya. masa kan tidak. kalau dulu hari khamis balik lambat. dalam otak dah set tak pa esok jumaat. boleh relax. pastu lusa dah sabtu. cuti. boleh enjoy. la ni. adeh. selasa balik lambat, rabu masuk opis, kalau nasib baik boleh la half day kalau nasib tak baik duduk la bertapa macam biasa. lusa kerja lagi. paham maksud gua? kemudian nya. trend tukar kerja di awal tahun memang tak boleh di nafikan. moves section every weeks penuh jejak 2 pages. kat opis ni pon sama. hati pecah seh! editor nak blah. masak la gua macam ni. mungkin kah minah chichago akan berkuasa? demm! chas, please wait till i got new job ya. :p

najwa. owh budak ni makin lama makin ligat. ada ja dia nak buat/protes. jujur cakap. memang menguji kesabaran. tangan ni dah bapa kali naik. ringan ja. dalam masa yang sama, dia lah segalanya. kalau tak da dia. mau gua terjun tingkap ja. bila la nak panggil ibu ni or should i change to mama sebab dia terer gila panggil gua mama//

mr KA. makin bz lately. dah banyak kali gua komplain. tapi sendiri mahu ingat la apa jawapan dia. makin jauh? mungkin...

family. semua sehat-sehat ja. alhamdullilah. balik penang CNY ni.

kawan-kawan. facebook memang medium terbaik untuk jejak kasihan. ehe. dayang senandung? demm! ahahah memang kenangan terindah. longer mana kau?

hiburan. owh gua sedang cucuk jarum nak ajak mr KA gi istana budaya tengok amy search bersama okestra. tentunya sangat lain. persoalannya. najwa macam mana? eh Yuna top 5 penyanyi wanita popular. cara! scha-fahrin-linda. to be honest, gua dah mula menyampah/ awal lu dok diam-diam sudah. kepoh ah. siapa awan? ko kenal? mungkin perlu tubuhkan daftar nama band macam SSM. suara hati by azad jazmin sangat terkesan di gegendang telingaku lately. uwoo sian dsyebel, berbola lagi jahat dari betty dah la tak cantik. ces! abang kaseeem memang terbaek. owh alex pun. sian wili terkeluar. apa la yang best sangat dengan faiz. hancur weh!

politik. KJ dh aktif bertwitter kembali. dia dah addicted mungkin. ehe :p

johor. salam takziah buat seluruh rakyat johor. memang kami rakyat johor sangat sayangkan sultan kami. proud to be johorian. buat aduka taruna, ko memang carik pasal. otak senteng! bagi menjawab isu kenapa masa isu institusi di raja di terengganu senyap macam tu ja compare ngan isu ini. bagi aku mudah. kami rakyat johor sangat obses dengan sultan kami. jadi kami akan pastikan ko menyesal. orang macam ko memang menempah maut sendiri.

malaysia. lepas trend bunuh orang tamat. kes buang bapa plak. malaysian mmg trendy!

dunia. apasal gempa bumi kat haiti macam kurang highlight ya?

*hah hamek ko. nak sangat aku update. sila muntah darah

Wednesday, January 13, 2010

...

paku paku paku paku,
cabut cabut,
luka, berdarah, berparut
luka kembali,
parut bernanah,
pendam pendam,
jadi barah.

mulut kata benci,
hati menafi,
otak fikir rugi,
hati kata nanti,
hati owh hati,
kau akan terluka lagi,
pasti.

Thursday, January 7, 2010

1 tahun 3 bulan

macam-macam hal. banyak nak update ni. ehehhe. najwa dah mula faham apa yang kita cakap, walaupun selalunya dia tak dengar cakap terutama nya bila kita melarang. makin dilarang makin giat dia nak buat. dengan penuh dedikasi dan semangat wajar plak tu. and will end up dengan head banging nya. kalau ibu memang biar ja, bagi dia rasa. sakit ka sedap. ehe. ayah plak owh lebih proper, banyak sangat keberangkalian nya. :p tapi angin satu badan. najwa sendiri mau ingat la.

dah mula cakap sikit. masih belum panggil ibu (sedey :(. suka sangat ajuk cakap orang tapi amek ujung-ujung ja. sembang la kot konon. dah pandai mintak. kalau nak makan. am am nak nak. kalau nak minum. air air (sgguh bukan ayaq). kalau nak susu. nyek nyek. kalau nak buai. uai sambil tangan tunjuk buai. dah tahu apa yang dia nak. if mintak air bagi susu dia xmo. mcm tu gak sebaliknya. dah pandai mintak bedak. pastu sapu kat pipi. comey!. dah pandai tadah tangan berdoa. dengar ja Bismillah dan dan angkat tangan. dah pandai point gigi, perut buncit, nose, cat, car,/ dah kenal orang sekeliling. dah pandai nk berus gigi. dah tau kalau nak kuar kena pakai kasut. dah pandai buat bunyi-bunyian. bunyi car najwa. ngeng ngeng. bunyi motor ayah. broom brom. cat. aum aum. ahahaha.

dah mula kurang tidur. nak maen saja. bila dengar musik.najwa akan joget-joget kan kepala dia. dah pandai bagi flying kiss. bila cakap najwa amek gambar. dan dan buat muka sambil angkat tangan ke atas. dah boleh disuruh, tolong angkat baju, tolong angkat bantal. buang sampah dalam dustbin. letak pinggan kat dapur. menyapu pun dia nka buat. ehehhe buli buli.

*alhamdulillah sakit2 pn jarang. bangun pun sekali ja time malam. dah makin senang. syukur.
*korang layan la video syok sendiri aku nih. ahahah

video

twenty ten

rasanya belum terlewat untuk ucapkan selamat tahun baru. masing-masing masih dalam mood fresh! ehe. me too. first issue this year on tuesday. just let it be. no matter how late it is, tiada tekanan dan tentunya gua happy. mungkin sebab minah chicago tiada. atau mungkin juga sebab after 2 weeks rest, gua rasa rindu. apakah?

azam tahun ni? tiada. sunguh tiada. gua berazam untuk tidak lagi memasang azam. mungkin sebab 1 azam pun tidak tercapai tahun lepas atau mungkin juga sebab gua rasa dah tak lama. ehe. apa pun macam tahun-tahun sebelumnya, cari kerja baru memang agenda no 1. so far no progress. tengok ja la mana tau ada rezeki kan. :p

hidup. so far ended and started dengan jayanya. mr KA dah kembali bz dengan halnya. najwa makin cheeky. pelan dapat akai la ni. nak tambah 1 lagi? belom lagi kot. :p

*khamis tanpa ifn rasanya cam pelik ah