Monday, January 25, 2010

warning - entri ini memualkan

semakin hari rasanya minat gua untuk menulis dah makin menumpul. buktinya? masa kan kalian tidak perasan blog ini kian bersawang. mungkin trend ber blog dah berakhir bagi gua. berkubur tinggai tunggu nak kambuih ja. ehehe. alasan! yang sebenarnya penyakit M datang melawat. kalau dulu jarang-jarang dan kadang-kadang ja. la ni makin kerap plak. rajin sungguh! lagipun tak da yang menarik gua nk story.

opis. makin lama makin suck. sejak tukar publication day ni, mental gua tak boleh menerima. stress berpanjangan katanya. masa kan tidak. kalau dulu hari khamis balik lambat. dalam otak dah set tak pa esok jumaat. boleh relax. pastu lusa dah sabtu. cuti. boleh enjoy. la ni. adeh. selasa balik lambat, rabu masuk opis, kalau nasib baik boleh la half day kalau nasib tak baik duduk la bertapa macam biasa. lusa kerja lagi. paham maksud gua? kemudian nya. trend tukar kerja di awal tahun memang tak boleh di nafikan. moves section every weeks penuh jejak 2 pages. kat opis ni pon sama. hati pecah seh! editor nak blah. masak la gua macam ni. mungkin kah minah chichago akan berkuasa? demm! chas, please wait till i got new job ya. :p

najwa. owh budak ni makin lama makin ligat. ada ja dia nak buat/protes. jujur cakap. memang menguji kesabaran. tangan ni dah bapa kali naik. ringan ja. dalam masa yang sama, dia lah segalanya. kalau tak da dia. mau gua terjun tingkap ja. bila la nak panggil ibu ni or should i change to mama sebab dia terer gila panggil gua mama//

mr KA. makin bz lately. dah banyak kali gua komplain. tapi sendiri mahu ingat la apa jawapan dia. makin jauh? mungkin...

family. semua sehat-sehat ja. alhamdullilah. balik penang CNY ni.

kawan-kawan. facebook memang medium terbaik untuk jejak kasihan. ehe. dayang senandung? demm! ahahah memang kenangan terindah. longer mana kau?

hiburan. owh gua sedang cucuk jarum nak ajak mr KA gi istana budaya tengok amy search bersama okestra. tentunya sangat lain. persoalannya. najwa macam mana? eh Yuna top 5 penyanyi wanita popular. cara! scha-fahrin-linda. to be honest, gua dah mula menyampah/ awal lu dok diam-diam sudah. kepoh ah. siapa awan? ko kenal? mungkin perlu tubuhkan daftar nama band macam SSM. suara hati by azad jazmin sangat terkesan di gegendang telingaku lately. uwoo sian dsyebel, berbola lagi jahat dari betty dah la tak cantik. ces! abang kaseeem memang terbaek. owh alex pun. sian wili terkeluar. apa la yang best sangat dengan faiz. hancur weh!

politik. KJ dh aktif bertwitter kembali. dia dah addicted mungkin. ehe :p

johor. salam takziah buat seluruh rakyat johor. memang kami rakyat johor sangat sayangkan sultan kami. proud to be johorian. buat aduka taruna, ko memang carik pasal. otak senteng! bagi menjawab isu kenapa masa isu institusi di raja di terengganu senyap macam tu ja compare ngan isu ini. bagi aku mudah. kami rakyat johor sangat obses dengan sultan kami. jadi kami akan pastikan ko menyesal. orang macam ko memang menempah maut sendiri.

malaysia. lepas trend bunuh orang tamat. kes buang bapa plak. malaysian mmg trendy!

dunia. apasal gempa bumi kat haiti macam kurang highlight ya?

*hah hamek ko. nak sangat aku update. sila muntah darah

11 comments:

The Unconscious said...

hahaha...gua pun cabut soon :)
moga moga interview go well on weds

Elmira said...

tak muntah darah pun. maintain je ni :P

editor nak plak? pakcik rafa mau benti kah? ke uncle siva?

The Unconscious said...

najwa ikut mama...gangster . hehehehe

AiYa said...

chas, pls dont. siot siot

el, ahahhaa hampeh. aah pakcik rafa nk quit

Cupu said...

Cukup pakej nik...
ko mmg HEBATTT!!!

Elmira said...

wah patut la shashi stress!

ooo charlie has an interview on weds? good luck!

and i agree with him... aku rasa nanti najwa gengster cam ko siot. :D

AiYa said...

xda makna nya korang punya rasa.

hah? interview. xcakap pn. :(

AiYa said...

adakah kau telah muntah darah kecik?

orked said...

bueakkkkkkk..muntah kuning apekah?? hahaha

najwa susah nk sebut ibu kot..mama lebih senang bg dia..so mama nik

org m'sia mmg stlye :p

5577 said...

hah.. hambik.. dlm kata penyakit M dtg, & xnak update.. terus pjg menjala sebegitu..
hehe..

aah, mmg tak puas ati sgt wili klua.. terkedu jap masa diorg bg keputusan.. aik asal bukan faiz, n dia tak bottom 3 pun.. confius! yup abg kaseeem n alex terbaik!

AiYa said...

kan sgguh xpatot. nk kata ensem, xpon. ces/

Post a Comment

harap maklum, komen anda akan di tapis dulu oleh mambang jingga. ai tpaksa utk kesejahteraan kta bersma. :)