saya tahu, dah berkurun, berhabuk, bersawang dan segala macam ber dah blog ni. kalau rumah kosong dah lama ada jin bertandang. bukan bz tapi malas dan tak tahu nak tulis apa since ada medium-medium lain nak meroyan. tapi lately rasa macam rugi sebab untuk orang yang ram memory nya sangat cetek macam saya. ada blog adalah sangat membantu.
2013 datang macam tak ada apa. beza tahun ja. macam selalu saya berazam untuk tidak berazam. tapi recently rasa macam sentap plak dengan apa yang member share di wall fb dia - fail to plan is plan to fail. oh no! gagal kah saya?
dah 7 tahun, alhamdullilah rezeki saya masih di sini nampak nya. dah cuba sana sini tapi yang di atas masih lagi mahu saya di sini atau mungkin saya tidak usaha terlalu kuat untuk pergi. kun fa ya kun; tidak la Dia mengubah nasib hamba Nya melainkan hamba Nya sendiri - ini dua dalam otak saya back and forward. complicated bukan?
cinta saya masih kuat sangat untuk mr KA. belum pernah rasa goyang, apatah lagi berkurang. syukur pada Allah. dan harapan saya biar la sampai bila-bila. budak debob yang tak debob masih lagi sendiri, belum ada rezeki nak tambah lagi. tak ada usaha, tak ada daya so mustahil la kan nak bagi adik kat wawa. as time go on, we will see. hati berharap sangat ada sesuatu, tapi...
najwa seperti adanya, makin besar, makin banyak ragam. bila tengok-tengok belek-belek perangai dia, adalah sangat memang copy paste saya. haih tolong la yang buruk-buruk tu buang tepi. :(
seperti February yang lepas-lepas. harap saya biar lah yang baik-baik belaka bukan saja February tapi sepanjang tahun ini. insya Allah.
*sedang di uji indirectly - rasa berat.
2 comments:
CIK NIKK lama tak nmpak ya disini... ;)) kkami doakan yg terbaik untuk hang sekeluarga..insyallah selagi ada usah selagi tu rezeki ada.. masalah kt mana2 pon ada yg susah yg senang pn masalah jgk ok da start merapuu plaks.. hihhikkk selamat bercuti nikkk
Ahahah cik meen. Biasalah sesekali, xtau brapa lama nk bertahan. Terima kasih. Ya hidup ini memang satu permasalahan, macam puzzle. Kdg2 dah ada missing piece tp xtau nak letak kat mana. Pusing2 terbalik2 pilih2 kemudian baru nak match. Moga kami tetap punya ketabahan sampai habis. Selamat hari xkerja. Haha. Xo
Post a Comment
harap maklum, komen anda akan di tapis dulu oleh mambang jingga. ai tpaksa utk kesejahteraan kta bersma. :)