Thursday, February 14, 2013

Harum kemboja... di mana?

tertarik
menusuk
tertusuk di hati

mencari
terhidu rasa nyaman
terbau terangan
senyum

kemboja
pokok bunga kubur
kata orang
boleh terigau
rasa ngeri
tapi...
bukan kah bagus
mendekat kan diri dengan mati?

harum kemboja
seperti selalunya
aku mencari
kerana hidung
dah berkenan
hati dah tertawan
tapi...
di mana?

*tolong hadiah kan saya perfume bau bunga kemboja. addict!

Tuesday, February 12, 2013

Ada apa dengan awan?

Ada tika nampak nyaman
Putih gebu bergerombolan
Di sisi langit biru
Tampak tenang
Jiwa rasa terbang

Ada tika lainnya nampak garang
Hitam pekat bergumpal
Menutup langit
Nampak janggal
Ketakutan

Ada apa dengan awan?
Aku kejar
Kejar
Tapi tiada jawapan

Ada apa agaknya dengan awan?
Putih?
Hitam?

*lately tengok awan jadi mesti walau aku pasti untuk 5 minit mendatang awan tu dah pergi

Saturday, February 9, 2013

Dengan izin

Serabut!

Meminta, adakah layak dipanggil usaha?

Yakin sesuatu yang terjadi adalah dengan izin tanpa prejudis antara redha dan murka.

Otak kata xpa, apahal plak hati berat macam ditimpa?

Dengan izin Mu, jika ini bukan jalan nya - jauhkan la ia. Jika ini jalan redha Mu - permudahkanlah.

*Ya Allah lindungi la keluargaku dr dengki khianat manusia dan mereka yang menyekutukan Mu. Amin

Wednesday, February 6, 2013

February datang lagi

ha ha. ini seram! as always bab-bab counting down the day saya memang sangat terer. tapi siyes ini seram. tiga kosong - ini mungkin dapat mengurangkan keseraman. get it? no? haih saya faham sendiri sudahlah. :)

saya tahu, dah berkurun, berhabuk, bersawang dan segala macam ber dah blog ni. kalau rumah kosong dah lama ada jin bertandang. bukan bz tapi malas dan tak tahu nak tulis apa since ada medium-medium lain nak meroyan. tapi lately rasa macam rugi sebab untuk orang yang ram memory nya sangat cetek macam saya. ada blog adalah sangat membantu.

2013 datang macam tak ada apa. beza tahun ja. macam selalu saya berazam untuk tidak berazam. tapi recently rasa macam sentap plak dengan apa yang member share di wall fb dia - fail to plan is plan to fail. oh no! gagal kah saya? 

dah 7 tahun, alhamdullilah rezeki saya masih di sini nampak nya. dah cuba sana sini tapi yang di atas masih lagi mahu saya di sini atau mungkin saya tidak usaha terlalu kuat untuk pergi. kun fa ya kun; tidak la Dia mengubah nasib hamba Nya melainkan hamba Nya sendiri - ini dua dalam otak saya back and forward. complicated bukan?

cinta saya masih kuat sangat untuk mr KA. belum pernah rasa goyang, apatah lagi berkurang. syukur pada Allah. dan harapan saya biar la sampai bila-bila. budak debob yang tak debob masih lagi sendiri, belum ada rezeki nak tambah lagi. tak ada usaha, tak ada daya so mustahil la kan nak bagi adik kat wawa. as time go on, we will see. hati berharap sangat ada sesuatu, tapi... 

najwa seperti adanya, makin besar, makin banyak ragam. bila tengok-tengok belek-belek perangai dia, adalah sangat memang copy paste saya. haih tolong la yang buruk-buruk tu buang tepi. :(

seperti February yang lepas-lepas. harap saya biar lah yang baik-baik belaka bukan saja February tapi sepanjang tahun ini. insya Allah.

*sedang di uji indirectly - rasa berat. 

 

Tuesday, November 6, 2012

dalam hati ada rasa

tidak lagi menjadi orang yang penting bila ada orang yang lagi penting kepada orang yang sangat penting bagi kita adalah sangat menyakitkan.

#backgroud music by tipe-x, sakit hati

Monday, July 23, 2012

kepada sedara saya

awak awak, walaupun saya ni sedara awak nampak beno awak xkenal saya lagi. awak takat kenal nama, anak sapa, kawen dah, anak sorang bla bla sebab tu awak bley kata saya ni sombong. saya online 24/7 xbermakna saya ni available nak berchating. dengan adik beradik sendiri pun bila ada benda nak cakap baru saya berchating. ni kan pulak dengan awak. tak tegur kat facebook pon awak bley ngadu ngan kakak saya eh. saya tau kakak saya bukan jenis curah minyak sebab tu dia xbgtau siapa awak. yang mengharap saya tegur awak. eh ada plak awak tegur saya kan. lain la kalau awak tegur saya buat bodoh boleh la kata saya menyombong, lagi satu awak xyah risau saya ni xberjaya mana pun. jdi rsa nya xberkudis pun kalau saya x tegur awak. awak awak sian ah awak ni. nanti raya kita jumpa k. bye

Monday, July 16, 2012

Wonder - how?

Lately ini sgt menganggu - how long will take to build trust?

Adakah 3 bulan cukup utk kta share almost everything? Dan lagi suprise how come ko boleh cakap belakang pasal in law ko dlm jangka hayat perkahwinan xsmpi sebulan. Siyes sgt menganggu otak. Sbb aku mula fikir - if ______? Perghh scary!

Atau aku yg terlalu sempit dlm ruang selamat?