Friday, February 15, 2013

Ada kawan saya

Saya ada seorang kawan yang kadang2 saya rasa malu nak panggil kawan. Sumpah dia baik. Berkawan dengan dia kompem anda pun boleh jadi baik atau mungkin lebih baik. Kira macam aura positif dia akan buat ion2 negatif kita hilang. Tapi. . .

Ada satu yang ini saya tak berkenan tentang dia. Sungguh2 tak berkenan. Mungkin sebab saya bukan kawan yang baik maka saya tak pernah cuba betulkan dia. Atau mungkin dengan kata lain nya, saya redha - itu bahagian dia.

Dari kecil memang saya jenis xmemilih kawan. Kalau boleh dengan semua orang saya nak kawan. Tapi jujurnya saya lebih tertarik pada ion2 negatif. Pada saya mereka unik. Pernah saya dilabel bodoh kerana berkawan dengan mereka yang di kelas tercorot. Katanya takut saya pun jadi bodoh sama. Maka saya bodohkan apa mereka kata. Sumpah saya rasa ia bangang! Klu mereka boleh fikir begitu kenapa mereka tak fikir, dengan berkawan dengan saya mungkin diorang pun pandai sama. Logik bukan? - padahal saya pun xpandai mana. Ya. Saya tahu memang kita disaran untuk berkawan dengan orang yang baik untuk jadi baik. Tapi. . .

Berbalik kepada kisah kawan saya, dia kata dari kecil sebolehnya dia akan elak diri dari mereka yang negatif. Ekpresi muka dia bila saya tengok macam sungguh2 jijik nya bila seorang kenalan lain bercerita tentang kisah silam dia. Tak jahat mana pun, bukan bunuh orang. Pada saya biasa2 ja bab kata orang budak baru nak up. Lagipun siapa xpernah buat silap. Betul? Tapi. . . Mungkin sebab itu juga dia beraura positif.

Itu belum lagi bila dia lihat orang xmenutup aurat. Perempuan merokok. Terus dia label. Membebel. Itu tak pa lagi. budak u islam kompem baik. Errr

Anda faham perasaan saya?

*Bukan nak kata buruk kawan. Tapi sebagai manusia, layak kah kita. Tepuk dada.

2 comments:

JaSmIn said...

tiada manusia yg sempurna nik oi... semua pon pernah buat silap besar atau kecik..sama ada nk terima atau tidak je tu ats diri kita,anggap jelah itu salah satu kelemahan dia..klu bole terima kawan klu x boleh x pyh kawan ....mcm kita juga kan he3 ;p

AiYa said...

noted. sbb tu saya kata saya ada kawan. saya terima baik buruk dia sebab dia kawan saya. mcm tu jugak dia.

Post a Comment

harap maklum, komen anda akan di tapis dulu oleh mambang jingga. ai tpaksa utk kesejahteraan kta bersma. :)