Tuesday, February 23, 2010

kutuk ah... ada gua kesah?

entry ni agak related ngan entry farah 5577 (walking down the memory lane) pasal gambo2 lama yg semakin bz ditag oleh kawan2 di fb tapi bezanya instead of giving me gelak saiko at first, it become annoying gila. bukan gamba2 lama tu yang annoying tapi mereka dan keluarga mereka yang masih xhenti lagi berperangai budak hingusan malah worst!

memang gua hitam. so what?. memang gigi gua jogang. so what? memang gua selekeh. another so what? xsuka kalu, jangan kasik tengok itu gambar la dey. siap cakap meluat tengok muka gua tersengih2 . adoiyai. gua kacau hidup lu ka beb? bersusah payah lu orang PM gua kat FB semata-mata nak cakap pasal benda ni. kan bengong tuh. nak cakap gua xtahan gurau-xpasal ah weh.. hitam2 gua. jogang2 gua. selekeh2 gua. LAKU! lu?

hah kan dah gua EMO. ahahaha

kutuk la lagi. gua lagi suka. itu tandanya lu sayang gila kat gua. tapi gua sedih sikit ah. harap badan ja membesar otak terencat la plak xbesar2./

*naseb la recently ja baru kuar lagu halimah jongang tu. kalau x confirm dengan kreatif nya lu orang tukar bagi nama gua. ehe

Friday, February 19, 2010

bila sudah benci


bila sudah benci
dengan kerja
gua submit resume
sana sini

bila sudah benci
dengan boss
gua submit lagi resume
sana sini

bila sudah benci
tapi 1 email
tak menjenguk diri
call apa ntah lagi

gua duduk mengadap pc
lama-lama benci pun lari
xtau la bila dia datang lagi
gua punya mood banyak suka hati

Tuesday, February 16, 2010

gigitan kasih?



hadiah dari najwa. best kan?

Wednesday, February 10, 2010

help needed

do wish me luck :)

Tuesday, February 9, 2010

menjaga hati

banyak sgt... tapi hati gua sapa jaga?

masih tertinggal bayanganmu
yang telah membekas di relung hatiku
hujan tanpa henti seolah bertanda
cinta tak disini lagi kau telah berpaling

biarkan aku menjaga perasaan ini
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
engkau pergi aku takkan pergi

kau menjauh aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
ooh oooh

masih adakah cahaya rindumu
yang dulu selalu cerminkan hatimu
aku takkan bisa menghapus dirimu
meskipun kulihat kau kini diseberang sana

andai akhirnya kau tak juga kembali
aku tetap sendiri menjaga hati
sejujurnya ku masih mengharapkanmu
oooh ooohh

Monday, February 8, 2010

kisah mimpi

kisah gua dengan mimpi memang tragic. Mimpi sangat jarang menjenguk gua. tapi kalau dia hadir gua jadi trauma. lawatan rasmi 2 3 hari. berulang atau kesinambungan episod sebelumnya. dan mimpi lebih banyak buat gua scary dari happy. mula la jiwa gua kacau. otak mendidih membuak-buak!

orang kata mimpi mainan tidur tapi gua kata mimpi itu macam ala-ala back to the future. menjelajah masa depan tapi tak tau date to be exact nya. mungkin esok, lusa atau 10 tahun akan datang. bukti? banyak gila... atas faktor itu gua dah jadik takut nak bermimpi. kalau mimpi benda best syok ah kan./ kalau mimpi hati pecah? mau tak meleleh air mata mak.

dan,

mimpi itu datang lagi lewat 2 3 hari lepas. 2 hari berturut-turut. sigh. i hate it!

*dulu gua mimpi dpt keje kat red$. agak2 kali mimpi nk mari ke tak heh?

Wednesday, February 3, 2010

1 tahun 4 bulan

camna la boleh terlupa smlm. mungkin sebab busy sangat kat opis agaknya. pejam celik sat ja masa berlalu. dah besar dak ebob. :p/

tak banyak perubahan drastik melainkan penambahan sebutan. lately bila nampak baby, dan2 panggil adik dik. cute ja. bila turun bawah/keluar - buai buai. semua dia ingat nak gi playground. sangat berminat dengan basikal - ayah sila take note. dah mula tunjuk minat main permainan,tahap kusyuk lama sket dari selalu. dah mula pay attention dengan bunyi-bunyian. pandai berkawan dan lawan. aduh dah macam gangster dah. hep hep

malam-malam dah xpakai buai. baring atas tilam, tutup lampu, tutup mata pastu ckp dah ibu nak tido bye. najwa balas bye. tau2 dah tdo. - bukan sebab dia dah ngantok tapi sebab dia takut gelap/ ehehe.

dh mula mintak sejadah dan telekung. tiru ayah sembahyang. siap rukuk dan sujud lagi. paling lawak time duduk antara dua sujud. eceh macam ye ye jerk. mulut siap kumat kamit.

dah mula kurang makan nasi, tapi sangat berselera kalau makan mee/spaghetti/pasta. vitagen hanya suka yang kaler ijau. yang lain minum sikit, yang lebihnya kasik tumpah. bila dah tumpah. ikut suka ja amek kain yang dia nampak, pastu lap. pastu pandang ibu, dah dah. dah pandai point pampers kalau dia poo poo sambil muncung mulut busuk. ceh!

ada kudis 2-3 tempat. kulit very the sensitive. kemudian nya xmakan sayur. yang dia mahu hanya lobak dan lobak dan lobak haih la/ sayur apa lagi yang dak kecik suka eh. any suggestion?

*Fatihah Najwa, ibu doakan najwa sihat selalu, jangan nakal-nakal ya nanti ayah marah. ibu xsuka. tapi kalau ibu marah xpa. :)

Tuesday, February 2, 2010

bday wishlist

Febuary dtg lg. Lets countdown ya. Owh dont forget to mark ur calendar. Not for the 14 or cny public holiday either but for the lucky 28. Ya i know jauh lg. Nama pun countdown kan. Apakahh?

26 more to go. Sebab this year im turning 27. Lets be realistic to wht im wishing for. Benda yg bley gua dptkn utk diri sndri obviously. Tapi kalau ada yang sudi bagi, gua lg happy. Motif??

1. Handbag
Im looking for not so big or way too small. Yang sedang-sedang saja. Tentunya yang boleh memuatkan segala mak nenek harta ku. Kelebaran msti lepas payung lipat sekaki. Boleh sumbat diaper, baju sepasang, wet tissue, towel dan juga botol susu dak ebob tentunya. It can be wore 2 way. Carry and sling. Dark color. Senang jaga senang nak matching. Ehe. Owh lagi satu yang xterlalu complicated nak menyeluk. Maybe button ja. Xkesah la jenama pa.

2. Jacket
walaupun kat office ni boleh main hentam ja nak pakai apa. jacket sgt penting dikala waktu kecederaan. tetiba kena masuk meeting, tapi gua pakai tshirt ja. kan jacket boleh menyelamatkan keadaan and tentunya to cover all the lemak2 berlebihan. ahahhaha. not too formal and not too casual. senang citer both situation pakai xnampak janggal. to match with the situation, material not from jeans, yang kilat barat, dan yang sewaktu dengannya. corduroy maybe. brown color. senang nk match. erm oke la to be honest i just wanted same jacket that i have now but with 2 size bigger bley? uwaaa nampak sangat gua dah membesar dengan johan la ni.

3. Sneakers
owh i need it badly. :( should i get the high cut this time?



http://streetshifters.blogspot.com/
nampak kewl kan. :)

sekian. will add and edit as per my mind change. ahhahah.